Friday 27 March 2009

She is the one...

Atok Wan..


Nama seperti dalam IC nya Mahanum Dato' Haji Kamaruddin.. Dilahirkan 80 puluh tahun yang lalu menurut ibu, pada tahun April 1929, di Kuala Kubu Bharu. Makanya atok sememangnya anak jati Kuala Kubu Bharu.

Atok berkahwin dengan Atok Ki pada usia yang muda. Dengan hasil perkongsian hidup itu, maka lahirlah 11 orang cahaya mata. 2 daripadanya meninggal dunia pada usia kecil. Oleh itu tinggallah anaknya yang sembilan orang. 6 orang daripadanya lelaki, dan 3 orang perempuan. (Yaacob, Yusuf, Rospiah, Rosspeah, Roshanisah, Shaharuddin, Shariffudin, Safaruddin, Hishammuddin)

Setelah atok Ki meninggal dunia pada tahun 1994, maka tinggallah atok wan di rumah pusaka tinggalan almarhum suaminya itu. Apabila malam menjelang, Tokwan akan tidur di rumah pakcik (anak yang ke 8) yang berhampiran.Banyak kenangan manis bersama membesarkan anak-anak di rumah tersebut. Alhamdulillah Tokwan tidak keseorangan. Anak-anak dan cucu-cucu selalu pulang menjenguknya.

Atok juga selalu berjalan-jalan ke rumah anak-anaknya di Rasa, di Shah Alam, Klang dan lain-lain. Atok kini sibuk ke sana ke mari memantau pembantu-pembantu rumah baru pakcik-pakcik. Atok akan memastikan mereka belajar dengan sempurna akan kerja-kerja di tempat baru mereka.

Tokwan pasti akan memasakkan hidangan yang lazat setiap kali anak atau cucunya pulang. Itulah keistimewaan atok.. Beliau tidak mengenal erti penat. Namun cukup teruja dan gembira setiap kali kami datang.


Atok dan cabutan bertuah (Dari kiri: Deena, Atok)


Atok selepas rawatan lasix (Dari kiri : Atok, Izwan, MakNgah)



Dalam meniti usianya, alhamdulillah Allah mengurniakan atok kesihatan yang baik. Cuma pernah sekali atok dimasukkan ke hospital kerana jangkitan peparu (pneumonia). Pernah sekali saya menemani atok ke hospital untuk melakukan pemeriksaan rutin. Doktor yang memeriksanya berasa kagum kerana dalam usia tokwan sebegitu, beliau bersih dari sebarang masalah kesihatan. Paras gula dan lemak dalam darah, tekanan darah semuanya normal. Alhamdulillah sekali lagi.

Sekian entri kali untuk tentang Atok. Bersambung pula next time untuk pengenalan keluarga-keluarga lain.

No comments:

Post a Comment