Sunday 20 December 2009

majlis pertunangan 'Uthman Ariff bin Yaacob'...

Pada 12 Disember yang lalu, telah berlangsung majlis pertunangan anak sulung Pak Long iaitu, abang ariff a.k.a Uthman Ariff di Bukit Tinggi, Klang... Majlis tersebut berlangsung pada sebelah malam...rombongan daripada keluarga WIN bertolak dari rumah Pak Long ke Bukit Tinggi selepas solat isyak.... Semua ahli keluarga WIN yang senior (Mak Ngah sampai Pak Usu) hadir kecuali Pak Anjang, kerana Pak ANjang berada di Kelantan... Ahli keluarga Win yang hadir kebanyakannya tiba di rumah Pak Long kira-kira jam 6 petang... Selepas menjamu selera, solat maghrib berjemaah dan kemudian bacaan doa selamat dan tahlil arwah diadakan... Kemudian barulah bergerak beramai-ramai ke Bukit Tinggi...

Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar... abah saya (Pak Uda) telah menjadi jurucakap ataupun perantara pada majlis tersebut... walaupun sedikit tersasul, sepatutnya abah sebut nurul hazwani...tapi, abah sebut siti hazwani..eheee...tidak mengapa.. ni baru pertama kali abah jadi perantara pada majlis pertunangan sebegini... =)... ape2 pun tahniah diucapkan kepada abg ariff dan juga pak long dan family..... Semoga ikatan pertunangan ini berakir dengan ikatan pernikahan.. insyaallah...


Pak Long dan Mak Long with the couples... =)



the flower men and the flower girls of the day... =)



Hantaran daripada kedua-dua belah pihak
(silver: daripada pihak perempuan, red roses: daripada pihak lelaki)



khusuk mendengar....






 Bergambar dulu dengan hantaran sebelum menghantar.... =)


Juadah istimewa di rumah Pak Long... nyummy...




the flower men yg berjaya menarik perhatian umum.. hehehe...



* Keep on visiting this blog ok???
-farizamm-